Sunday 15 April 2012

Assalamualaikum,

Bersyukur ke hadrat Illahi...dengan limpah dan kurniaNya akhirnya Aliah Townstay berjaya dilaksanakan atas usaha penat lelah kami sekeluarga. Impian kami sekeluarga untuk membuka homestay di bandar melaka ini akhirnya terlaksana. Lebih menggembirakan lagi bagi empunya nama townstay ini iaitu Ibunda tercinta Puan Aliah sendiri dan Ayahnda Tuan Hj.Haron.

Pada asalnya kami ingin melaksanakan projek ini lebih awal..tetapi oleh kerana terdapat beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan maka projek ini tergendala.Namun semuanya akhirnya membuahkan hasil dengan wujudnya townstay ini.

Untuk pengetahuan semua...tujuan utama kami melaksanakan projek homestay ini adalah untuk kemudahan para pengunjung ke negeri bertuah ini dimana kawasan kami yang strategik dan paling hampir dengan bandar lebih memudahkan pengunjung atau pelancong ke destinasi dengan mudah dan pantas. 


Buat masa ini..kami hanya mempunyai sebuah sahaja townstay, tetapi insyaAllah kami akan menambah bilangan townstay dalam jangka masa terdekat jika sambutan menggalakkan. Sebolehnya kami akan memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk semua pelanggan kami nanti.


Akhir kata, kami berharap Aliah townstay ini akan mendapat sambutan yang menggalakkan dan menjadi diantara townstay yang paling popular di negeri Melaka pada masa hadapan..insyaAllah...Wassalam...

" Tenang-tenang air di laut,
sampan kolek mudik ke tanjung;
Hati terkenang mulut menyebut,
budi baik rasa nak junjung "





No comments:

Post a Comment